Khamis, 27 Disember 2012

~~~La_vIoLa~~~

____ La_vIoLa___

kenangan semasa tingkatan 4 bersama kak amy..

Pertama kali aku mendengar perkataan La Viola adalah sewaktu aku berada di tingkatan 3 .  Aku merupakan seorang pengawas pembimbing rakan sebaya pada masa itu . La Viola .?? apa tu ?? Tu lah reaksi aku apabila aku terdengar pengerusi pengawas prs . Aku tertanya-tanya apakah maksudnya ? Mengapa nak jadikan nama itu sebagai lambang prs ? OH ...!! Rupanya La Viola itu bermaksud Sang Unggu . Baru aku tahu maksudnya setelah mendengar penerangan pengerusi pengawas prs . Aku terfikir mana dia dapat perkataan itu ye ? Sedap sebutan tu dan sangat unik .

Dulu aku sangat fanatik dengan warna biru dan kuning . Namun semua itu berubah apabila aku menjadi pengawas prs . Pada mulanya , aku sendiri tak tahu mngenai prs malah tak pernah ambil tahu langsung .!  Sejujurnya aku memang tak minat langsung .! Setelah itu , semuanya berubah apabila sahabat-sahabat aku memaksa a.k.a terpaksa untuk memasuki kelab prs . sekaligus menjadikan aku sebagai pengawas prs . Aku bingung sekali . Aku sering tertanya-tanya mengapa aku ?  Kenapa ?

Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta ". Benar..!! Sejak aku mula memasuki kelab prs ini , makin lama aku makin sayang . Teramat sayang sehingga aku menjadi peminat fanatik warna unggu . Prs ini juga telah merubah diri aku sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik sehingga kini . Insyaallah .

Semakin hari aku semakin sayang dengan prs dan aku mulai suka dengan tanggungjawab aku sebagai pengawas prs . Malah yang menbuatkan hati aku semakin sayang dengan adanya kaunselor yang baik hati dan sporting sangat  seperti bonda , ibu , mama , sir megat , ayahanda a.k.a sir shariman , mami a.k.a teacher saras yang selalu mengambil berat tentang kami seperti anak sendiri .  Ye , kami adalah keluarga prs a.k.a la viola . Kami sentiasa berpegang pada prinsip "One For All and All For One " .

Prs a.k.a la viola banyak mngajar aku erti hidup di mana terdapat suka dan duka dalam kehidupan . Pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari la viola banyak mengajar dan mendewasakan aku dalam menjalani kehidupan seharian aku .

Kini , walaupun sekolah telah jauh aku tinggalkan namun aku tetap mengingati dan mengaplikasikan segala kenangan dan pelajaran  yang telah ku perolehi dalam menjalani kehidupan aku . Walaupun , aku sudah tamat sekolah namun la viola sentiasa berada di dalam ingatan ku .Terima kasih la viola . Terima kasih kaunselor-kaunselor ku . Terima kasih SMK Bandar Baru Sungai Buloh .





~~~jasamu dikenang~~~ 

~~~ tEnTaNg AkU ~~~

Assalamualaikum....

Ni adalah pertama kali aku tulis blog . Bermacam- macam bermain di fikiran aku . Macam mana nak tulis blog ye ? Aku tertanya-tanya dalam diri  bagaimana caranya untuk aku menulis blog . Pelbagai perasaan bercampur aduk dalam diri aku seperti marah , geram , sedih , gembira semua menjadi satu hanya disebabkan ingin membuat blog . Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku . Aku sendiri pun tak faham perasaan aku . Pelik kan ? Mesti korang rasa pelik kan ? Yela , aku buat blog pun rasa macam-macam .! Korang tahu tak ? Aku buat blog ni pon amik masa  dalam 5 JAM tau . Semua ni gara-gara blog . Ye , Aku akui yang aku memang tak pandai nak buat blog . Ni adalah cubaan pertama aku membuat blog . Akhirnya menjadi juga walaupun blog aku ni tak secantik blog-blog yang lain . Tapi tak mengapa sebab yang penting aku ada blog aku sendiri . hihihihi .

                                    Agak2nya macam ni la rupa aku masa buat blog ini . hihihihi....

 Apa yang aku merapu ni ? Ok la , biar aku perkenalkan diri aku . Sahabat-sahabat aku panggil aku nur tapi ada juga yang panggil aku ieyma , momo , momoey , mia , dan mawiya . Tapi korang semua boleh panggil aku NUR je . OK ? Aku suka orang panggil nama aku nur . Nak tahu sebabnya ? Nur kan bermaksud cahaya . Aku ingin memberi cahaya dan menyinari hari-hari yang ceria bersama insan yang aku sayangi terutaman sekali keluarga aku .! Yup , aku sayang mereka sangat-sangat . Aku bersyukur sangat-sangat dapat hidup di dunia ini .

Ya Allah , terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini . Sesungguhnya , aku bersyukur di atas kurniaan dan limpahan berkat-MU . Syukur , ALHAMDULILLAH .!!

Eh .? Korang mesti tertanya - tanya kan ? siapa nama sebenar aku ? Ok la , aku bagi tau korang . Nama aku Nur Mawiya binti Nawawi . Aku hanya lah insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri . Tiada apa yang sempurna di muka bumi ini melainkan hanya ALLAH SWT . Dia yang menciptakan kita sebaik-baik kejadian .

Ok lah , aku tak nak cakap panjang lagi . Nanti korang semua bosan lak .?kan ? hihihi.. Ok la.. lain kali aku update lagi , sebelum tu , aku nak minta maaf la kalau ada siapa-siapa yang terasa dengan kata-kata yang  aku tulis ni . Yang baik semuanya datang dari ALLAH SWT .

                      Ya ALLAH SWT , terima kasih di atas nikmat yang telah Engkau berikan padaku .

assalamualaikum....