____ La_vIoLa___
kenangan semasa tingkatan 4 bersama kak amy..
Dulu aku sangat fanatik dengan warna biru dan kuning . Namun semua itu berubah apabila aku menjadi pengawas prs . Pada mulanya , aku sendiri tak tahu mngenai prs malah tak pernah ambil tahu langsung .! Sejujurnya aku memang tak minat langsung .! Setelah itu , semuanya berubah apabila sahabat-sahabat aku memaksa a.k.a terpaksa untuk memasuki kelab prs . sekaligus menjadikan aku sebagai pengawas prs . Aku bingung sekali . Aku sering tertanya-tanya mengapa aku ? Kenapa ?
Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta ". Benar..!! Sejak aku mula memasuki kelab prs ini , makin lama aku makin sayang . Teramat sayang sehingga aku menjadi peminat fanatik warna unggu . Prs ini juga telah merubah diri aku sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik sehingga kini . Insyaallah .
Semakin hari aku semakin sayang dengan prs dan aku mulai suka dengan tanggungjawab aku sebagai pengawas prs . Malah yang menbuatkan hati aku semakin sayang dengan adanya kaunselor yang baik hati dan sporting sangat seperti bonda , ibu , mama , sir megat , ayahanda a.k.a sir shariman , mami a.k.a teacher saras yang selalu mengambil berat tentang kami seperti anak sendiri . Ye , kami adalah keluarga prs a.k.a la viola . Kami sentiasa berpegang pada prinsip "One For All and All For One " .
Prs a.k.a la viola banyak mngajar aku erti hidup di mana terdapat suka dan duka dalam kehidupan . Pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari la viola banyak mengajar dan mendewasakan aku dalam menjalani kehidupan seharian aku .
Kini , walaupun sekolah telah jauh aku tinggalkan namun aku tetap mengingati dan mengaplikasikan segala kenangan dan pelajaran yang telah ku perolehi dalam menjalani kehidupan aku . Walaupun , aku sudah tamat sekolah namun la viola sentiasa berada di dalam ingatan ku .Terima kasih la viola . Terima kasih kaunselor-kaunselor ku . Terima kasih SMK Bandar Baru Sungai Buloh .
~~~jasamu dikenang~~~







Tiada ulasan:
Catat Ulasan