Khamis, 27 Disember 2012

~~~ tEnTaNg AkU ~~~

Assalamualaikum....

Ni adalah pertama kali aku tulis blog . Bermacam- macam bermain di fikiran aku . Macam mana nak tulis blog ye ? Aku tertanya-tanya dalam diri  bagaimana caranya untuk aku menulis blog . Pelbagai perasaan bercampur aduk dalam diri aku seperti marah , geram , sedih , gembira semua menjadi satu hanya disebabkan ingin membuat blog . Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku . Aku sendiri pun tak faham perasaan aku . Pelik kan ? Mesti korang rasa pelik kan ? Yela , aku buat blog pun rasa macam-macam .! Korang tahu tak ? Aku buat blog ni pon amik masa  dalam 5 JAM tau . Semua ni gara-gara blog . Ye , Aku akui yang aku memang tak pandai nak buat blog . Ni adalah cubaan pertama aku membuat blog . Akhirnya menjadi juga walaupun blog aku ni tak secantik blog-blog yang lain . Tapi tak mengapa sebab yang penting aku ada blog aku sendiri . hihihihi .

                                    Agak2nya macam ni la rupa aku masa buat blog ini . hihihihi....

 Apa yang aku merapu ni ? Ok la , biar aku perkenalkan diri aku . Sahabat-sahabat aku panggil aku nur tapi ada juga yang panggil aku ieyma , momo , momoey , mia , dan mawiya . Tapi korang semua boleh panggil aku NUR je . OK ? Aku suka orang panggil nama aku nur . Nak tahu sebabnya ? Nur kan bermaksud cahaya . Aku ingin memberi cahaya dan menyinari hari-hari yang ceria bersama insan yang aku sayangi terutaman sekali keluarga aku .! Yup , aku sayang mereka sangat-sangat . Aku bersyukur sangat-sangat dapat hidup di dunia ini .

Ya Allah , terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini . Sesungguhnya , aku bersyukur di atas kurniaan dan limpahan berkat-MU . Syukur , ALHAMDULILLAH .!!

Eh .? Korang mesti tertanya - tanya kan ? siapa nama sebenar aku ? Ok la , aku bagi tau korang . Nama aku Nur Mawiya binti Nawawi . Aku hanya lah insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri . Tiada apa yang sempurna di muka bumi ini melainkan hanya ALLAH SWT . Dia yang menciptakan kita sebaik-baik kejadian .

Ok lah , aku tak nak cakap panjang lagi . Nanti korang semua bosan lak .?kan ? hihihi.. Ok la.. lain kali aku update lagi , sebelum tu , aku nak minta maaf la kalau ada siapa-siapa yang terasa dengan kata-kata yang  aku tulis ni . Yang baik semuanya datang dari ALLAH SWT .

                      Ya ALLAH SWT , terima kasih di atas nikmat yang telah Engkau berikan padaku .

assalamualaikum....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan